Visi
Menjadi penyedia latihan, pembangunan modal insan dan pengurusan program yang dipercayai dalam membantu membangunkan individu, pasukan dan organisasi yang kompeten serta berprestasi tinggi.
ANQIARA ENTERPRISE ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dan berpusat di Kuala Lumpur.
ANQIARA ialah perniagaan milikan penuh Bumiputera yang memberi fokus kepada pembangunan individu, pasukan dan organisasi melalui program latihan serta pengurusan program yang sistematik dan profesional.
Kami memahami bahawa keberkesanan sesuatu program bukan sekadar bergantung kepada aktiviti yang dijalankan, tetapi kepada sejauh mana program tersebut membantu mencapai objektif organisasi.
Program boleh disesuaikan berdasarkan profil peserta, jumlah peserta, tempoh, lokasi, bajet serta hasil pembelajaran yang ingin dicapai.
Menjadi penyedia latihan, pembangunan modal insan dan pengurusan program yang dipercayai dalam membantu membangunkan individu, pasukan dan organisasi yang kompeten serta berprestasi tinggi.
Kenal pasti isu, profil peserta, objektif dan hasil yang diperlukan.
Sesuaikan modul, aktiviti, tempoh, fasilitator, lokasi dan bajet.
Laksanakan program secara interaktif, tersusun dan profesional.
Hubungkan pengalaman aktiviti kepada pembelajaran dan konteks tempat kerja.

Usahawan perkhidmatan dan latihan serta Jurulatih Profesional Bertauliah HRD Corp.
PhD Komunikasi & Pengajian Media. Kepakaran dalam kepimpinan komunikasi, bahasa badan di tempat kerja dan kecerdasan emosi.
Pengurusan & hospitaliti. Kepakaran dalam khidmat pelanggan, kepimpinan, komunikasi perniagaan, pengurusan tekanan dan masa serta pembinaan pasukan.
Sains Sukan & Rekreasi. Kepakaran kepimpinan komunikasi, pengurusan air, tali aras tinggi dan rekreasi.
Jurulatih rekreasi luar dengan kompetensi kayak, keselamatan aktiviti tali aras tinggi, pertolongan cemas, keselamatan rekreasi dan ikhtiar hidup.
Kepakaran perkhemahan, kecemasan, aktiviti air, operasi bencana, pertolongan cemas & keselamatan, Pembinaan Pasukan dan kem jati diri.
Penggunaan logo atau tanda rasmi tertakluk kepada garis panduan dan kelulusan pihak berkenaan.
